Pages

Followers

Tuesday 20 September 2011

15 PERKARA YANG DILAKUKAN BAKAL MENGUNDANG BALA

Assalamu'alaikum antum/antunna..
Dah sebulan lebih ana tak update blog ini.. maaf ye..rindu dekat semua.. ^^, sekarang baru ada kesempatan nak update.. haa~ ana nak kongsi mengenai tajuk atas tu le.. heheh~ ni dalam masa sebulan ni dah khatam la blog ana ye.. wah!! kalau macam tu Jazakallah/Jazakillah.. Allahu Yubarik Fik.. eh eh.. dah melalut ke lain.. erm.. berbalik topik tadi.. BACA TAU!! 
 
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka", iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain.

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).
 
Kita doa la sama-sama agar kita tak tergolong dalam golongan di atas.. AMIN.. Wahai sahabatku sekalian.. berdoalah untuk saudaramu juga.. agar mereka dapat bersama-sama denganmu di SYURGA kelak.. insya ALLAH.. ^_< 
~ مني نورالعتيقة بنت شهيمي ~

2 comments:

Ismy Sya said...

MasyaAllah..Ya Rabbi.Jazakillah ukhti .. <3

atikah96 said...

Alhamdulillah.. 'Afwan Jaidan.. ^_^

Post a Comment