Pages

Followers

Tuesday 16 August 2011

Mainan tak mudarat dibenarkan [mercun macam mana??]


Assalamualaikum pembaca yang setia.. ^_^
erm..hari ni dah cukup 15 hari umat islam menunaikan ibadah puasa... penuh tak puasa tu?? heheh~ tepuk dada, tanya iman.. okelah berbalik ke topik asal.. MERCUN boleh ke tidak kita main?? jom kite terjah post nie.. heheh~ ^_<



Oleh :

Imam Muda Muhammad Asyraf
BH Online Ruangan Agama (2011/08/16)

Mercun bahayakan kanak-kanak, ganggu kejiranan

MERCUN secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun perayaan seperti Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan masyarakat Vietnam semasa pesta Tet terutama pada tengah malam Giao Thua (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Namun, di Malaysia ia sudah menjadi sebahagian permainan yang dimain oleh umat Islam.

Thursday 4 August 2011

RAMADHAN: Batalkah Puasa Kita Jika...............

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.


Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam. 


Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87) 

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-