Pages

Followers

Friday 2 March 2012

Wanita & Pokok Semalu (n_n)

Ilmu agama itu boleh kita manfaatkannya dalam hidup kita.


Antara babak episod 8 ini boleh memberi impak dan menyedarkan orang ramai untuk mengenali islam dengan lebih lagi.


Iskandar : Awak pernah baca buku lumrah bercinta ?


Nana mencari - cari siapakah yang berkata - kata itu ...


Nana : Saya ke ?


Iskandar : Ya ..


Nana : Saya pun ada buku tu ..


Iskandar : Dah baca ?


Nana : Hm, belum sempat lagi ..


Iskandar : Saya paling suka page 15. Tajuknya "Berguru Dengan Pokok Semalu".


Nana : Apa yang best nya tentang tu ?


Iskandar : Pokok Semalu akan menguncup apabila disentuh...


Nana : Ya. Logiknya pokok semalu tu macam tu ?


Iskandar : Pokok semalu menguncup untuk lindungi dirinya daripada dirosakkan.


Nana : Ya .. I know .. apa yang awak nak sampaikan sebenarnya dekat saya?


Iskandar : Samalah macam wanita, harus menutup untuk mengelak dari dirosakkan.


Nana : ... ... ...


Iskandar mengeluarkan sesuatu dari begnya dan memberikannya kepada Nana. - majalah Anis :)


Nana : Mana awak dapat majalah ni ?


Iskandar :Kawan - kawan saya yang langgan tiap - tiap bulan. Saya pinjam sebab nak beri kepada awak ...


Nana : Ni majalah wanita kan? Awak baca majalah ni ?


Iskandar : Baca sikit - sikit je . saya suka baca resepi masakan melayu. Selebihnya, saya suka tengok gambar.


Nana : Gambar apa yang awak suka tengok dalam majalah ni?


Iskandar : Gambar wanita bertudung. Lagi terserlah kecantikan wanita tu .


Nana : Habis tu saya ni tak cukup cantik ke tak pakai tudung?



Iskandar : Akan lebih cantik kalau pakai tudung ...


Tenang saja cara penyampaian, penuh berhikmah ^_^


Mior Salehuddin (Iskandar) & Faralyana Idris (Nana)


* Aurat ditutup dan dijaga . Samalah seperti Pokok Semalu yang menguncup apabila disentuh untuk mengelakkan dirinya dirosakkan.


* Bertudung untuk cantik, boleh .. Tapi berniatlah kerana Allah dan menatapi syariat.


-dipetik daripada DRAMA DINGIN LAVENDA ep8

0 comments:

Post a Comment