Pages

Followers

Monday 23 January 2012

Sandal Rasulullah?

Hiasan semata-mata
Abu Hurairah r.a. berkata: "Sandal Rasulullah s.a.w. menggunakan dua qibal."
-(Riwayat al-Tirmizi dan al-Tabrani)

Menurut Imam al-Tirmizi dalam al-Syama'il dan al-Muhammadiyyah, yang dimaksudkan dengan qibal dalam hadis ini ialah pelana sandal, iaitu batas depan sandal berupa tali yang diletakkan diantara dua jari kaki.



Dipetik daripada Syamail Muhammad s.a.w. : Keperibadian Rasulullah , terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Monday 2 January 2012

Usah Dibenci Pelaku Maksiat !! kenapa??

Assalamualaikum! kaifa halukum? Alhamdulillah ana bikhair.. dah lama juga tak update blog ni.. okelah.. kali ni nak post satu benda yang sangat penting! sebab kita semua selalu sangat buat benda ni.. padahal hakikatnya benda ni tak baik! hermm!  okelah,, SELAMAT BERAMAL! ^_<


Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s sedang berjalan bersama seorang anak muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian . Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku."

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.