Pages

Followers

Saturday 3 December 2011

+ Hijrah Khalifah +


Assalamu'alaikum kullukum.. kaifa haluk?? harapnya sihat2 belaka.. rasanya nak bercerita tentang hijrah, sinonim dengan sambutan awal muharram yang baru kita sambut.. ok!! btw hermm apa kaitannya gambar bawah nie dengan post?? baca , renungkan post kali ini dalam segenap pemikiran.. ^_< 


*Jika kamu mengkagumi akal dan fikiran STEVEN JOBS, dia sudah mati*

*Jika kamu suka nyanyian&tarian MICHEAL JACKSON, dia sudah meninggal dunia*

*Jika kamu kata MIKE TYSON hebat, dia menangis di depan kaabah*


*Jika kamu kagumi petikan gitar SHAM KAMIKAZE, dia kini mencari keredhaan Allah*

*Jika kamu suka jenaka BOB LOKMAN, dia kini menghambakan diri utk dihina demi Allah*

...........

Wednesday 2 November 2011

Ada apa dengan Air Mata ?!


Assalamu'alaikum w.b.t antum. Kaifa halukum? Atamanna kullukum fis sihhah.. ^_^ okey harini nak cerita pasal apa ya? Ha! AIR MATA SEORANG LELAKI 

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki, 
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Friday 14 October 2011

(¯`v´¯) 13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT ❤ ¸¸.•*¨*•♫♥

Assalamualaikum.. ni saya terjumpa entry ni.. so, saya pasangkan hajat kongsi ilmu.. ^_< Ni lah sebahagian ciri wanita akhir zaman.. Menolak hukum ALLAH.. *Astaghfirullahal'azim .. Korang baca la sampai habis tau.. ni je yang saya minta.. syukran lakum..


 •*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?


-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.


-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.


-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤


Tuesday 20 September 2011

15 PERKARA YANG DILAKUKAN BAKAL MENGUNDANG BALA

Assalamu'alaikum antum/antunna..
Dah sebulan lebih ana tak update blog ini.. maaf ye..rindu dekat semua.. ^^, sekarang baru ada kesempatan nak update.. haa~ ana nak kongsi mengenai tajuk atas tu le.. heheh~ ni dalam masa sebulan ni dah khatam la blog ana ye.. wah!! kalau macam tu Jazakallah/Jazakillah.. Allahu Yubarik Fik.. eh eh.. dah melalut ke lain.. erm.. berbalik topik tadi.. BACA TAU!! 
 
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka", iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

Tuesday 16 August 2011

Mainan tak mudarat dibenarkan [mercun macam mana??]


Assalamualaikum pembaca yang setia.. ^_^
erm..hari ni dah cukup 15 hari umat islam menunaikan ibadah puasa... penuh tak puasa tu?? heheh~ tepuk dada, tanya iman.. okelah berbalik ke topik asal.. MERCUN boleh ke tidak kita main?? jom kite terjah post nie.. heheh~ ^_<



Oleh :

Imam Muda Muhammad Asyraf
BH Online Ruangan Agama (2011/08/16)

Mercun bahayakan kanak-kanak, ganggu kejiranan

MERCUN secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun perayaan seperti Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan masyarakat Vietnam semasa pesta Tet terutama pada tengah malam Giao Thua (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Namun, di Malaysia ia sudah menjadi sebahagian permainan yang dimain oleh umat Islam.

Thursday 4 August 2011

RAMADHAN: Batalkah Puasa Kita Jika...............

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.


Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam. 


Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87) 

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-






Sunday 31 July 2011

~ 5 BONUS KHAS RAMADAN~

Abu Hurairah r.a meriwayatkn bahawa Rasulullah s.a.w brsabda yg brmaksud:
"Umatku dberi 5 perkara yg blum pernah dberikn kpd umat2 trdahulu ketika Ramadan 
 iaitu: 

1.  Bau mulut org yg brpuasa itu lebih wangi dripada kasturi di sisi Allah

2.  Para malaikat bristghfar utk mereka shingga mereka berbuka

3.  Allah memprindahkn syurgaNya setiap hari & berfirman:
     "hampir2 hamba2-ku yg soleh akn dicmpakkn pelbagai 
     kesukaran & pnderitaan lalu kmbali kpdmu"(mereka snggup
     brsusah payah di dunia & akhirat)

4.  Syaitan-syaitan dbelenggu,tidak tidak dbiarkn pd bulan-bulan
     selain Ramadan.

5.  Mereka akn mndapat keampunan pd akhir mlm (org yg bramal 
     akn dsmpurnakn pahala amalan mereka setelah selesai mngerjaknnya)
     Mengenai bonus kelima ini,ada sahabat yg bertanya kpd Baginda s.a.w.
     "Ya Rasulullah,apakh itu berlaku pd mlm Lailatulqadar?"Baginda mnjawab:
     "Bukan,tetapi pelaku kebaikn akn dismpurnakn pahalanya setelah mnyelesaikn 
     amalnya."(Riwayat Ahmad)




Salam Ramadhan Kareem ^^,

Friday 15 July 2011

Cincin & Sunnah ^^v

Assalamualaikum w.b.t 
Note kali ni nk berkongsi tentang pemakaian cicin mengikut sunnah..


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari


1] jari manis


2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari


1] jari tengah


2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan danjuga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang saja kita dapat kita pahala.



Thursday 14 July 2011

Nama2 Lain Bagi Air Zam2



Mengikut para ulama, zamzam mempunyai lebih daripada 50 nama.


Antaranya ialah:

1.         Barakah                 
2.        Mubarakh
3.        Barrah
4.        Busyra
5.        Tuktam
6.        Maktumah
7.        Haramiyah
8.        Hafirah Abdul Mutallib
9.        Rakdaah Jibrail
10.     Al-Rawa’
11.       Sabiq
12.      Salimah
13.      Siqayat al-Haj
14.      Sayyidah
15.      Shabba’ah
16.      Syarab al-Abrar
17.      Syifa’u Suqman
18.      Safiyah
19.      Thahirah
20.     Tha’mu Thu’min
read more at : http://www.sinarnuralislam.blogspot.com  ^_^



19 Hadith Mengenai Wanita




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Read more at: 19 Hadith Mengenai Wanita http://sepaku.net/nur-addin/4579-19-hadith-mengenai-wanita.html#ixzz1MaWAt34R