Pages

Followers

Saturday 21 July 2012

* Berbuka dengan Sunnah *


Assalamualaikum.. amacam puasa hari ni? maklum la first day kan.. hehe.. apa2 pun, SALAM RAMADHAN KAREEM.. bulan puasa ni banyakkan ibadah.. puasa pon berlipat ganda..jangan ingat yang besar2 tu je.. senyum pon dah kira sedekah.. kan mudah tu nak dapat pahala.. Islam tu kan mudah.. ni ha sebelum berbuka..ni ada pesanan ^^

Ketika Mariam sedang kesakitan untuk melahirkan Isa a.s, Allah berfirman "... Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buahnya yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..." [Maryam: 25-26]

Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

~WALLAHU A'LAM~


Thursday 12 April 2012

It's Jumuah Muarakah

Assalamualaikum.. ^_^ sebelum baca entri kali ni.. senyum dulu..lepas tu first sekali 'stopkan' music nasyid dekat bahagian bawah.. then, buka video bawah ni sambil baca entri ni.. HAVE A NICE JUMAAH ^^,



tengok,baca dan amal ^_^

keep smiling and you'll get rewards from Allah


~في براك الله~

Friday 6 April 2012

Jadi Maka Jadilah - كن فيكون

Kekuasaan Allah SWT  (كن فيكون - Jadi Maka Jadilah) : Ribut salji telah melanda di kawasan-kawasan tertentu di Timur Tengah, yang sebelum ini lebih dikenali dengan cuaca panas terik, awal tahun ini.

Dari padang pasir Tabuk, Arab Saudi yang rendah hinggalah ke kawasan timur Lubnan, salji telah dilihat turun dengan cuaca yang sangat sejuk.

Walaupun suhu sejuk beku, penduduk tempatan tetap keluar untuk bermain salji yang turun di sekitar kawasan mereka. 

Salji di tengah padang pasir Tabuk
Unta di padang pasir Tabuk
Salji di Beirut

Wallahu A'lam ^_^

Friday 2 March 2012

Wanita & Pokok Semalu (n_n)

Ilmu agama itu boleh kita manfaatkannya dalam hidup kita.


Antara babak episod 8 ini boleh memberi impak dan menyedarkan orang ramai untuk mengenali islam dengan lebih lagi.


Iskandar : Awak pernah baca buku lumrah bercinta ?


Nana mencari - cari siapakah yang berkata - kata itu ...


Nana : Saya ke ?


Iskandar : Ya ..


Nana : Saya pun ada buku tu ..


Iskandar : Dah baca ?


Nana : Hm, belum sempat lagi ..


Iskandar : Saya paling suka page 15. Tajuknya "Berguru Dengan Pokok Semalu".


Nana : Apa yang best nya tentang tu ?


Iskandar : Pokok Semalu akan menguncup apabila disentuh...


Nana : Ya. Logiknya pokok semalu tu macam tu ?


Iskandar : Pokok semalu menguncup untuk lindungi dirinya daripada dirosakkan.

Sunday 5 February 2012

Prophet S.A.W



tak pernah ada kata terlambat untuk berselawat ke atas nabi
♥ ♥ I | L O V E | M U H A M M A D | s.a.w ♥ ♥

Monday 23 January 2012

Sandal Rasulullah?

Hiasan semata-mata
Abu Hurairah r.a. berkata: "Sandal Rasulullah s.a.w. menggunakan dua qibal."
-(Riwayat al-Tirmizi dan al-Tabrani)

Menurut Imam al-Tirmizi dalam al-Syama'il dan al-Muhammadiyyah, yang dimaksudkan dengan qibal dalam hadis ini ialah pelana sandal, iaitu batas depan sandal berupa tali yang diletakkan diantara dua jari kaki.



Dipetik daripada Syamail Muhammad s.a.w. : Keperibadian Rasulullah , terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Monday 2 January 2012

Usah Dibenci Pelaku Maksiat !! kenapa??

Assalamualaikum! kaifa halukum? Alhamdulillah ana bikhair.. dah lama juga tak update blog ni.. okelah.. kali ni nak post satu benda yang sangat penting! sebab kita semua selalu sangat buat benda ni.. padahal hakikatnya benda ni tak baik! hermm!  okelah,, SELAMAT BERAMAL! ^_<


Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s sedang berjalan bersama seorang anak muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian . Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku."

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.