
Assalamualaikum pembaca yang setia.. ^_^
erm..hari ni dah cukup 15 hari umat islam menunaikan ibadah puasa... penuh tak puasa tu?? heheh~ tepuk dada, tanya iman.. okelah berbalik ke topik asal.. MERCUN boleh ke tidak kita main?? jom kite terjah post nie.. heheh~ ^_<
Oleh :
Imam Muda Muhammad Asyraf
BH Online Ruangan Agama (2011/08/16)
Mercun bahayakan kanak-kanak, ganggu kejiranan
MERCUN secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun perayaan seperti Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan masyarakat Vietnam semasa pesta Tet terutama pada tengah malam Giao Thua (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Namun, di Malaysia ia sudah menjadi sebahagian permainan yang dimain oleh umat Islam.